Sunday 29 September 2013

SEJARAH STPM PENGGAL 1 : MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN

2. Huraikan susun lapis masyarakat feudal di Jepun pada abad ke-16 dan ke-17. 
    
 Menurut pandangan Marc Bloch, dalam karyanya “ Feudal Society “ , masyarakat feudal bermaksud masyarakat hierarki yang mempunyai susun lapis yang tersendiri. Struktur sistem feudal di Jepun berbentuk pyramid yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah adalah Maharaja, Shogun, Daimyo dan Samurai. Golongan diperintah terdiri daripada petani, tukang, dan saudagar. Sistem ini dapat dilihat dengan jelas semasa pemerintahan Shogun Tokugawa.
    
Dalam hierarki pemerinatahan di Jepun , Maharaja menduduki lapisan teratas. Namun semasa pemerintahan Shogun Tokugawa, Maharaja Jepun tidak mempunyai kuasa untuk mentadbir. Baginda hanya menjadi lambing perpaduan rakyat. Kuasa pemerintah terletak kepada Shogun Tokugawa. Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan supaya kuasa dan kedudukan Shogun terjamin. Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau Daimyo yang penyokong dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang menentangnya di tempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa.
     Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran Tokugawa. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluarga Shogun Tokugawa dan telah dikurniakan tanah yang berhampiran kediaman Shogun. Daimyo Shimpan terdiri daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa. Mereka diberi tanah tidak jauh daripada Shogun. Daimyo Tozama terdiri daripada mereka yang memusuhi Shogun. Mereka telah ditempatkan jauh daripada Shogun untuk mengelak ancaman daripada mereka.
     Samurai merupakan kelas panglima. Mereka mempunyai kedudukan istimewa. Mereka berfungsi sebagai penjaga keamanan Negara dan Daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain.
     Dalam kalangan rakyat biasa, petani(nomin) menduduki tempat yang tertinggi. Hal ini kerana mereka merupakan pengeluar beras yang menjadi bahan makan rakyat Jepun dan sebagai balasan mereka diberi upah hanya secukup makan sahaja kerana hasil beras untuk Negara. Jepun telah menjalankan dasar tutup ini menyebabkan rakyat hanya bergantung kepada beras yang dikeluarkan oleh petani sahaja.
     Kelas tukang-tukang mahir (artisan) berada dibawah petani. Mereka mahir dalam pembuatan pedang dan alat-alat lain berguna. Mereka diberi gaji yang baik dan diberi rumah yang baik. Mereka dibenarkan menggunakan pedang.
     Kelas pedagang (chonin) terletak dibawah artisan. Mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan berlaku mobility social. Namun keadaan aman telah menyebabkan ekonomi berkembang dan para pedagang telah Berjaya mengumpul harta yang banyak. Mereka kemudian telah memperbaiki status diri mereka disebabkan ekonomi semakin pesat.
    Masyarakat feudal di Jepun mempunyai susun lapis yang tersendiri. Setiap lapisan masyarakat mempunyai hubungan saling bergantung antara satu sama lain.

*NOTA RINGKAS*
Maharaja
Samurai
Shogun Tokugawa
Tukang Mahir
Pedagang
Petani
Daimyo
 


Made By: Shahrul Iqhwan (PRA U 1B) 2013 
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Ketil,
09300 Kuala Ketil, Kedah.

No comments:

Post a Comment