Sunday 6 October 2013

TAJUK TARGET SEJARAH PENGGAL 1 STPM 2013 ( NOV )

TEMA 1

* Masyarakat Feudal
  - Perbandingan sistem feudal England dengan Jepun

*Masyarakat Agraria
  - Masyarakat Agraria di China (* FOKUS CIRI & FAKTOR)

*Masyarakat Maritim
  - Masyarakat Maritim di Portugal (*FOKUS CIRI & FAKTOR)

*Masyarakat Industri
   - Masyarakat Industri di Jerman (*FOKUS CIRI & FAKTOR)

TEMA 2   

*Sistem Maharaja /Raja
   - China ( Konsep Mandat )

*Sistem Pembesar
   - China & Rusia
   - Perasaan tidak puas hati golongan raja & parlimen Perancis

TEMA 3

* Perkembangan pertanian di Belanda & England
*Sumbangan tokoh
   - Adam Smith
   - Charles Wist Montesque

TEMA 4 

*Perang Dunia ke-2 ( FAKTOR & KESAN )
*Perang Dingin ( FAKTOR & KESAN )
* Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu [ PBB ] ( PERANAN)
* Reaksi masyarakat China terhadap Barat.


MADE BY : Shahrul Iqhwan ( PRAU 1B )
SCHOOL : SMK Kuala Ketil, Kedah
SOURCE : --secrets--




Sunday 29 September 2013

PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM PENGGAL 1 : BAB 4 KEWANGAN

BAB 4 : KEWANGAN
4.1 Peranan dan Objektif Kewangan

*Kepentingan Pengurusan Kewangan
~> membuat perancangan kewangan
    - menentukan ojektif kewangan yang hendak dicapai dengan jelas.
    - ojektif kewanagan ialah maksimumkan kepuasan pemilik.
    - dapat dijadikan garis panduan bertindak dalam sebarang aktiviti kewangan di dalam organisasi.
~> agigahan sumber kewangan mengikut peruntukan yg ditetapkan
    - bajet kewangan yg tlah lulus oleh pihak pengurusan diagihkan kepada jabatan pemasaran, pengeluaran dan sumber manusia.
    - agigah dibuat ikut masa dan jenis2 perbelanjaan
    - pengurusan yg sistematik dapat membantu menyelaras dan menyusun aktiviti kewangan
~> mengawal penggunaan kewangan setiap jabatan
    - pengawalan ini penting untuk memastikan perbelanjaan mengikut bajet kewangan
    - setiap jabatan akan dipantau supaya tidak berlaku kelebihan perbelanjaan
    - pihak juruaudit dalaman berperanan memeriksa rekod kewangan supaya
       # dicatat dengan sempurna
       # ikut prosedur penggunaan kewangan
       # sifar kecacatan dlm catatan kewangan
~> elak berlaku penyelewengan kewangan
    - boleh berlaku termasuklah :
       # perbelanjaan > peruntukan
       # perbelajaan x ikut prosedur
       # x simpan rekod
    - melalui pengurusan kewangan yg sistematik, perkara ini dpt dielakkan.
* Peranan Pengurus Kewangan
~> membuat perancangan kewangan
    - sediakan peerancangan kewangan berasaskan keperluan perniagaan & pelaburan sedia ada.
    - boleh membuat ramalan kewangan untuk jangka masa pendek & panjang
    - pengurus boleh membentuk penyata kewangan proforma.
    - contohnya : # Penyata Pendapatan
                      # Kunci Kira-kira
                      # Penyata Aliran Tunai
                      {utk suku,setengah,satu tahun}
~> menjaga kecairan & keberuntungan syarikat
    - menjaga ketersediaan tunai dan nisbah kecairan yang sesuai serta menentukan keberuntungan yg diperoleh berdasarkan           risiko yg bakal dihadapi.
    - syarikat boleh membuat keputusan kombinasi pelaburan yg terbaik supaya dpt ditingkatkan.
    - perlu dirancang dgn baik supaya perbelanjaan & pembayaran tunai dpt dilaksanaka
~> menilai & memilih sumber pembiayaan yg terbaik
    - sumber kewangan diperoleh dgn cara dptkan modal & buat pinjaman.
    - sumber terbaik ialah kos kewangan yg paling rendah
    - contoh, syarikat ingin kurangkan pinjaman, pembiayaan boleh diperoleh melalui pengeluaran saham biasa yg akn tingkatkan jumlah ekuiti syarikat.
~> mengurus struktur aset
    - terdapat aset tetap dan aset semasa.
    - pengurus kewangan akn menentukan penggunaan aset tetap yg akn menghasilkan pulangan maksimum sebelum membuat keputusan penggunaan yg seimbang antara aset tetap dgn aset semasa.
    - meningkatkan penggunaan aset seperti :
       # jentera
       # bangunan
       #mesin
ini akan mengurang aset semasa & tingkatan pulangan syarikat dlm jngka masa panjang. :)


MADE BY : Shahrul Iqhwan ( PRAU 1B )
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Ketil
09300 Kuala Ketil, Kedah.

PENGAJIAN AM STPM PENGGAL 1 : PERLEMBAGAAN

TOPIK 2 : PERLEMBAGAAN
2.2 KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

i - Undang-undang Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang yang paling asas dan tertinggi di Malaysia.
ii - Perlembagaan Persekutuan menjadi punca kepada semua undang-undang sama ada yang sedia ada atau yang bakal digubal.
iii - Semua undang-undang yang ada tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan.
iv - Perlembagaan menggariskan bidang kuasa Parlimen atau badan perundangan, kehakiman, dan eksekutif.
v - Parlimen memperoleh kuasanya daripada perlembagaan. Parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh membuat undang-undang bagi perkara-perkara yang berada di luar bidang kuasanya.
vi - Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh parlimen jika undang-undang berkenaan berada di luar bidang kuasanya dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
vii - Perlembagaan juga menggariskan kuasa Yang di-Pertuan Agung sebagai ketua negara. Walaupun Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara, segala kuasanya juga harus bertaklukkan kepada Perlembagaan.
viii - Sebarang undang-undang yang bercanggahan dengan Perlembagaan akan terbatal setakat mana yang bercanggahan sahaja.
ix - Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan perlembaggan sebagai undang-undang tertinggi.
x - Tegasnya semua pihak harus dan wajib mematuhi Perlembagaan Malaysia.

* NOTA RINGKAS 1 - CREDITS BY : Najmi's Blog *
~ Perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang tertinggi.
~ Menjadi punca kepada semua undang-undang.
~ Semua undang-undang tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan.
~ Undang-undang tersebut akan terbatal jika bercanggah dengan perlembagaan.
~ Membantu kerajaan persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dengan licin.
~ Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh parlimen.
~ Walaupun YDPA merupan ketua negara, baginda juga tertakluk kepada perlembagaan.
~ Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi.

*NOTA RINGKAS 2 - CREDITS BY : ppgusm.com *
2.3 Ketertinggian Perlembagaan
· Yang di-Pertuan Agong
-YDA merupakan ketua negara, tetapi tidak boleh mengatasi ketertinggian perlembagaan.
- YDA telah ditetapkan sebgai Raja Berpelembagaan oleh Perlembagaan Persekutuan.
- Kuasa baginda tertakluk kepada sekatan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

· Legislatif ( Perundangan )
- Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa:
a) Parlimen hanya membuat dan menggubal undang-undang dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama.
b) (DUN) diberi kuasa untuk membuat dan menggubal undang-undang atau enakmen sebagaimana yang tersenarai dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
c) (DUN) diberi kuasa untuk membuat dan menggubal undang-undang yang tersenarai dalam mana-mana senarai di atas.

· Eksekutif ( Pentadbiran )
- Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa kuasa pemerintahan terletak pada YDA.
- Kuasa YDA dijalankan oleh PM dan Jemaah Menteri.
- PM dan menteri-menteri melaksanakan tanggungjawab mengikut peruntukan Pewrlembagaan Negeri.
- Di peringkat Negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menjalankan kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri.
- Jika sistem dan struktur kerajaan bercanggah dengan kandungan perlembagaan, maka tindakan kerajaan dianggap tidak sah dan tidak perlu dipatuhi rakyat.
- Ini menjelaskan ketertinggian Perlembagaan Persekutuan dari segi pemerintahan negara.

· Kehakiman
- Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 128:
a) Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau DUN di luar bidang kuasanya.
b) Pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
- Hakim melakasanakan tugas mengikut kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
- Membuktikan ketertinggian Perlembagaan Persekutuan dari segi kehakiman.

MADE BY : Shahrul Iqhwan ( PRAU 1B)
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Ketil
09300 Kuala Ketil, Kedah.

SEJARAH STPM PENGGAL 1 : MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN

2. Huraikan susun lapis masyarakat feudal di Jepun pada abad ke-16 dan ke-17. 
    
 Menurut pandangan Marc Bloch, dalam karyanya “ Feudal Society “ , masyarakat feudal bermaksud masyarakat hierarki yang mempunyai susun lapis yang tersendiri. Struktur sistem feudal di Jepun berbentuk pyramid yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah adalah Maharaja, Shogun, Daimyo dan Samurai. Golongan diperintah terdiri daripada petani, tukang, dan saudagar. Sistem ini dapat dilihat dengan jelas semasa pemerintahan Shogun Tokugawa.
    
Dalam hierarki pemerinatahan di Jepun , Maharaja menduduki lapisan teratas. Namun semasa pemerintahan Shogun Tokugawa, Maharaja Jepun tidak mempunyai kuasa untuk mentadbir. Baginda hanya menjadi lambing perpaduan rakyat. Kuasa pemerintah terletak kepada Shogun Tokugawa. Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan supaya kuasa dan kedudukan Shogun terjamin. Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau Daimyo yang penyokong dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang menentangnya di tempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa.
     Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran Tokugawa. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluarga Shogun Tokugawa dan telah dikurniakan tanah yang berhampiran kediaman Shogun. Daimyo Shimpan terdiri daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa. Mereka diberi tanah tidak jauh daripada Shogun. Daimyo Tozama terdiri daripada mereka yang memusuhi Shogun. Mereka telah ditempatkan jauh daripada Shogun untuk mengelak ancaman daripada mereka.
     Samurai merupakan kelas panglima. Mereka mempunyai kedudukan istimewa. Mereka berfungsi sebagai penjaga keamanan Negara dan Daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain.
     Dalam kalangan rakyat biasa, petani(nomin) menduduki tempat yang tertinggi. Hal ini kerana mereka merupakan pengeluar beras yang menjadi bahan makan rakyat Jepun dan sebagai balasan mereka diberi upah hanya secukup makan sahaja kerana hasil beras untuk Negara. Jepun telah menjalankan dasar tutup ini menyebabkan rakyat hanya bergantung kepada beras yang dikeluarkan oleh petani sahaja.
     Kelas tukang-tukang mahir (artisan) berada dibawah petani. Mereka mahir dalam pembuatan pedang dan alat-alat lain berguna. Mereka diberi gaji yang baik dan diberi rumah yang baik. Mereka dibenarkan menggunakan pedang.
     Kelas pedagang (chonin) terletak dibawah artisan. Mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan berlaku mobility social. Namun keadaan aman telah menyebabkan ekonomi berkembang dan para pedagang telah Berjaya mengumpul harta yang banyak. Mereka kemudian telah memperbaiki status diri mereka disebabkan ekonomi semakin pesat.
    Masyarakat feudal di Jepun mempunyai susun lapis yang tersendiri. Setiap lapisan masyarakat mempunyai hubungan saling bergantung antara satu sama lain.

*NOTA RINGKAS*
Maharaja
Samurai
Shogun Tokugawa
Tukang Mahir
Pedagang
Petani
Daimyo
 


Made By: Shahrul Iqhwan (PRA U 1B) 2013 
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Ketil,
09300 Kuala Ketil, Kedah.