Sunday 29 September 2013

PENGAJIAN AM STPM PENGGAL 1 : PERLEMBAGAAN

TOPIK 2 : PERLEMBAGAAN
2.2 KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

i - Undang-undang Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang yang paling asas dan tertinggi di Malaysia.
ii - Perlembagaan Persekutuan menjadi punca kepada semua undang-undang sama ada yang sedia ada atau yang bakal digubal.
iii - Semua undang-undang yang ada tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan.
iv - Perlembagaan menggariskan bidang kuasa Parlimen atau badan perundangan, kehakiman, dan eksekutif.
v - Parlimen memperoleh kuasanya daripada perlembagaan. Parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh membuat undang-undang bagi perkara-perkara yang berada di luar bidang kuasanya.
vi - Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh parlimen jika undang-undang berkenaan berada di luar bidang kuasanya dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
vii - Perlembagaan juga menggariskan kuasa Yang di-Pertuan Agung sebagai ketua negara. Walaupun Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara, segala kuasanya juga harus bertaklukkan kepada Perlembagaan.
viii - Sebarang undang-undang yang bercanggahan dengan Perlembagaan akan terbatal setakat mana yang bercanggahan sahaja.
ix - Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan perlembaggan sebagai undang-undang tertinggi.
x - Tegasnya semua pihak harus dan wajib mematuhi Perlembagaan Malaysia.

* NOTA RINGKAS 1 - CREDITS BY : Najmi's Blog *
~ Perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang tertinggi.
~ Menjadi punca kepada semua undang-undang.
~ Semua undang-undang tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan.
~ Undang-undang tersebut akan terbatal jika bercanggah dengan perlembagaan.
~ Membantu kerajaan persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dengan licin.
~ Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh parlimen.
~ Walaupun YDPA merupan ketua negara, baginda juga tertakluk kepada perlembagaan.
~ Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi.

*NOTA RINGKAS 2 - CREDITS BY : ppgusm.com *
2.3 Ketertinggian Perlembagaan
· Yang di-Pertuan Agong
-YDA merupakan ketua negara, tetapi tidak boleh mengatasi ketertinggian perlembagaan.
- YDA telah ditetapkan sebgai Raja Berpelembagaan oleh Perlembagaan Persekutuan.
- Kuasa baginda tertakluk kepada sekatan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

· Legislatif ( Perundangan )
- Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa:
a) Parlimen hanya membuat dan menggubal undang-undang dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama.
b) (DUN) diberi kuasa untuk membuat dan menggubal undang-undang atau enakmen sebagaimana yang tersenarai dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
c) (DUN) diberi kuasa untuk membuat dan menggubal undang-undang yang tersenarai dalam mana-mana senarai di atas.

· Eksekutif ( Pentadbiran )
- Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa kuasa pemerintahan terletak pada YDA.
- Kuasa YDA dijalankan oleh PM dan Jemaah Menteri.
- PM dan menteri-menteri melaksanakan tanggungjawab mengikut peruntukan Pewrlembagaan Negeri.
- Di peringkat Negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menjalankan kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri.
- Jika sistem dan struktur kerajaan bercanggah dengan kandungan perlembagaan, maka tindakan kerajaan dianggap tidak sah dan tidak perlu dipatuhi rakyat.
- Ini menjelaskan ketertinggian Perlembagaan Persekutuan dari segi pemerintahan negara.

· Kehakiman
- Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 128:
a) Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau DUN di luar bidang kuasanya.
b) Pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
- Hakim melakasanakan tugas mengikut kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
- Membuktikan ketertinggian Perlembagaan Persekutuan dari segi kehakiman.

MADE BY : Shahrul Iqhwan ( PRAU 1B)
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Ketil
09300 Kuala Ketil, Kedah.

No comments:

Post a Comment